PENGENALAN PENUBUHAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAIPING

MRSM  Taiping merupakan   MRSM   yang   kelapan dibina oleh pihak MARA. Pembinaannya telah dimulakan pada tahun 1981 dalam kawasan seluas 50 ekar di kaki Bukit Larut danber hampiran dengan Taman  Tasik Taiping yang permai.  Sehingga hari ini sebahagian daripada kawasan maktab ini masih kekal dalam keadaan asalnya dengan tumbuhan yang menghijau.Maktab ini telah beroperasi pada tahun 1983 dengan pengambilan pelajar seramai 286 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2. Pelajar-pelajar maktab ini telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang sejak dari kumpulan pertama lagi.    

MRSM Taiping telah dirasmikanpada 29 Jun 1987 oleh DYMM Paduka Seri Sultan AzlanMuhibuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzudin Shah, Sultan dan Yang DiPertua Negeri Perak Darul Ridzuan.

Bermula pada tahun 1991, MRSM Taiping melaksanakan Program KhasPendidikan  (PKP) . Dalam program ini, kurikulum yang diguna pakai ialah Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah (KBSM) yang diperkayakan secara bersepadu dan terbeza dari segi pendekatan, penekanan dan program pengayaan.Bermula dari tahun 1995 model pengayaan dilaksanakan di MRSM Taiping ialah model yang diadaptasi daripada ¿The School Wide Enrichment Model (SEM)¿ yang diperkenalkan oleh Renzulli pada tahun 1985. Matlamat kepada Program Khas Pendidikan ini adalah untuk melahirkan insan pintarsoleh yang suatu hari nanti akan menjadi pengeluar ilmu, penyelesai masalah yang cekap serta penciptasesuatu yang berguna kepada masyarakat.

Sesuai dengan kemajuan teknologi, mulai tahun 2000 MRSM Taiping dijadikan MRSM Bitara di mana proses pengajaran dan pembelajaran disebatikan dengan penggunaan ICT secara terancang dan menyeluruh.